BERCUTI #Part1

Assalamualaikum,

Mula-mula tu nawaitu nak ambik adik aku kat Port Dickson tu balik rumah. So alang-alang g sana kan ingat nak bermalam sana 2hari ja. Kesimpulannya 3hari 2malam laa.

So kita bertolak jam 8pagi. Makan semua siap-siap. Kemas barang masok kereta semua. Pastu macam 'errr biar betol. Barang kami saja dah penoh kereta, macam mana nak masokkan barang adik aku nanti? HAHAHAA! sekarang ni nak ambik barang adik aku balik kaa nak bawak p barang kami? Ntah..aku pon tak paham. hehehee. yang pastinya beg aku paling besaq,hihi. Bangga plak bgtaw.


Macam biasa kalo jalan jaoh ni mesti singgah RR, bajet tak makan ja masa nak bertolak tuu. hehee, Dak aihh ni Abang salman penat la drive. Eh lupa plak..Yang join bercuti ni Mak, Abang, Abang salman (ipar), Kakcik, Beby Afrina, Aku dan mestila adik aku..

Masa ni RR mana ntah..aku pon tak beqapa nak taw sgt. Makanan semua bawak siap. Nampak dak Afrina tuu? Dia syioq sekali sebab Maktok belikan BALL kat dia. hehe bola strawbery. Tak sempat nak p Cameron haa, dah dapat dah bole seketoi kat dia. Sejam jugak kami melepak situ, then rasa macam lama sgt ja lepakkan, so kami teroskan perjalanan kami..hehe teross ke Politeknik Port Dickson.

Sorry takdak pic kat situ. Tapi yang pastinya tak macam Politeknik Seberang Perai okayy, Poli depa besaq gedabak kauuu. Dari hostel ke kelas 15minit!  jaoh gilaa. Kalo aku lah tempat dia, sah hitam melegam satu, kurus kering satu. Haishh~

Haa..nak di jadikan ceritaa, adik aku pon tergamam tengok barang-barang dalam kereta sebab barang dia boleh tahan banyak. 8beg katanya, dgn penyapu pon mak aku suoh bawak balik -_- mak aku memang lagutuu.

Okay-Okay next!
Siap dah pindah-pindah barang adik aku sampai memcecah bumbong barang dia, so kami teroskan perjalanan ke Kondominium peranginan TnB, Pot Dickson. Jom usung barang guna troli XD



Laa gambaq ni ja ada, yang lain ada kat kakak aku. Haa yang tu ja barang yang bawak masok, lain suma tinggai dalam kereta. Ni habes tapis dah ni. Konon habes sikit dah. Padahal lepas tu dok ulang alik amek barang dalam kereta. haishh~ okay jom tengok tempat bermalam kami. RM50 satu malam.

Tudiaa. Masok-masok teros posingg! tapi serius nak habaq memang besaq sunggoh kondo dia. 3 bilik. Puas hati gila. Dah la murah nak mampoih.










So RM50 satu malam, percaya x? hehehehe.. Abang ipaq aku keja TNB tu yang murah tuu.. Okay lepas penat dalam rumah puas-puas. Malam kang kita jalan lagi.

So malam tu kita round-round portdickson dan aku tak tangkap gambaq. hehehee.. Tapi peristiwa yang tak dapat dilupakan...saat kami p uptown portdickson kemudian hujan lebat yang teramat sgt sampai banjir! habes kereta. spoil gilaaa~ So the end untuk hari pertama kami :D To Be Continued..

2 comments:

Izzati Amira said...

seriously masa mula2 baca rm50 per night dengan ruang bilik dah macam besar rumahhhh?? asal murah gilerrr... rupanya ade org dalam... cis. hahaha

sitiinajihah said...

HAHAHAHAAA! saja buat suspen XD