P A N G K O R !!!

video

assalamualaikumm,

Pendek ja video ni tapi excited plak aku nak upload, muehehee.. Masa ni atas Feri OTW pegi Pangkor. Yayyy! Pangkor!! Here I Comee!!

Sebenarnya Kitorang tengah kaya raya ni. Tapi disebabkan kami ni orang kaya yang kedekut taik hidong masin, so kami mampu pegi Pangkor je laaa. Rancang nak ke Langkawi la Thailand la segala bagai kan. Nama pon rancang, memang tak jadi laa.


Okay-Okay. Act dalam phone aku ni berlambak-lambak pic kat Pangkor, tapi ada masalah yang mambuatkan aku tabole upload.hehee So ada sikit je la pic yang boleh aku upload pon. Sini nak cerita siket pasal Pangkor.

First sampai Pangkor jejak ja kaki situu, rasa nak terjun laut jaa. Tertariknya aku dengan kehijaun warna air nyaa. Subhanallah beza sunggoh dengan Penang. Serius rasa nak terjunn ja dengan jeans-jeans and beg-beg dan spek suma tuu. Tapi sabar..sabar..sewa kereta dulu...cari tempat berteduh apa dulu kan..Last-last tercapai jugak impian kami nak main laut. Tapi dah lewat laa masa tuu..

Agak-agak dalam jam 6petang gak laa..Ikan suma dah balik rumah, baru tergedik-gedik kami nak snorkeling lah apa laaa.Haishh~ So lepas ja menjerit-jerit atas bot masa OTW ke pulau tuu, kami pon snorkeling. Serius macam gampang ja. Pakcik tuu tinggai kami kat pulau tuu sampai magrib. Mood nak maki gilaa, macam takmaw bayar, Yelaaa..sorang pon tak reti snorkeling, aku ni lagi lahh dgn air pon takot. Last-last snorkeling dalam 15minit cemtu je laa. Tunggu pakcik tu tak mai amek kami pon kat pulau. Geramm laa. Dah gelap ni. Haishhh~ Pastuu ada BeachBoy tuu ajak kami jungle tracking sampai ke pulau sebelah, sebab tinggai kami 3org anak dara manis ja situ. Kami pon ikot je laa..

Sampai ja pulau sebelah tuu, Pakcik tu pon mai. Tediaa bhaii, si Eyka ni berani jugak "kami takmaw bayar la cemni" pakcik tu ketaq lutut gamaknya, magrib-magrib tuu dia bawak kami pusng pulau. HAHAHAA! Tapi qoajaq oww, dia bawak bot mcm mat rempit, kecut perot last-last kami paksa dia hantaq kami balik, bayar je la kann..

Malam tu kami makan dekat-dekat situ jaa..Orang cukop ramai. Biasa laa,kami p hari sabtu. Makanan haram tak sedap pon, dah la mahai. Boring gilaa malam tu, cari pusat karok pon takdak.Semua karaoke terbuka. so pusing-pusing situu sambil shopping2 apa patot.. Last-last kami balik lepak tepi pantai je laa..Hayati ketengan..fuhhhh..sedap broo..

Kami beli gelang Pangkor. Tanda persahabatan, kasih sayang, belas kasihan, kekejaman dan kebahagia kami. HAHAHHAAA


Malam tuu awai gak ah depa ni tidoq, aku ja tidoq lewat. Apa aku buat? hahahahaa mana boleh bagitauu, tapi serius memang kenangan lah.

Okay..esok pon pagi. hahaa! aku nak p tandas sgtsgt, tapi Eyka yang malas nak teman aku tuu dah pesan dari semalam lagi "jangan kejut aku kalo ko nak g toilet" Hmm so aku p jela sorang-sorang.. Pastu lepak dulu kat tepi pantai, baru aku sambong tido. Koi 8 pagi cemtuu baru lah kami sambong main laut. Aku tak mandi laut dah sebab baju cerah, kang aku terjun teros sexy macam mat salleh kang terkejut plak pakcik-pakcik kat situu.

Pastuu kami main Jetski yay! dapat la diskaun siket sebab kenai BeachBoy tuu. 1st Farahain naik, serius jeles tgok dia naik, macam nak naik jugak, yelaaa dia orang first kann.. 2nd, Eyka. minah ni memang berani terlebih. dari jaoh nampak dia rempit tengah laut tuu, Bapak lajuuu dia bawak. Pastu baru aku, tapi aku dapat 2round, special siket. HAHAHA! Mai darat nampak ja muka benggang si Farah ngn EYka. Sorry la hampaaa..aku jaohh, susah dah nak p sanaa..hehehee..apa yang depa happy ialah tengok aku bertambah hitam hitamnyaaa! fine..

Pastu kami p uma Makcik Farahain, then hantar kereta pastu naik Feri dan balik Penangg.






SOrry tak banyak pic, Kenangan ja banyak kat sana XD

Nak p lagiiiiiii !!

2 comments:

pinky_liscious said...

best tak sana? i tak pernah sampai lagi..

sitiinajihah said...

bestttt...p la sanaaaa