HATI.


Assalamualaikum,

Sekarang jam dah 1.21am, aku sememangnya sangat lah mengantok dan rasa nak tersengguk depan laptop ni dengan ayunan music belog aku yang ntah apa-apa punya sayuu di dengar tu. Tapi hati aku ni nak sangat update belog dengan satu entry yang amat lah membuhsankan seperti aku yang tengah buhsan sekarang ni. Okay paham? Baguss ya baguss.Eh Btw you allz..Malam ni I ada kawan baru okay nama dia "FaszJimmy" Cara kenal tu agak pelik,tapi aku suka tengok gambar-gambar dia. Tudung labuh,comei, ayuu jaa haa. Belog dia cantek sgt okay,dan aku sangat lah dengki.Err' okay done.

Hati okay Hati. Apa aku ni tetiba Hati. Haish..Disebabkan aku malas nak tekan butang "backspace" so aku teroskan lah yee, Aku nak cita pasal hati sebenaqnya. Bagi aku tajuk ni buhsan sgtsgt,sebab kalo orang lain update pasal hati,jantung,kaki bagai ni dah memang aku tak baca,takot tertido.HAHAA!

Act malam ni aku rasa hati aku ni seolah-olah "hati perempuan". Err kelingnya ayat. Tak tak. Sebelum ni aku susah nak rasa hati aku lembut,sensitive and more matured. Lain sangat perasaan ni. Sebelum ni aku susah nak terasa ngn exbf aku. Penah merajuk pon tak ikhlas,just suka-suka dan harap dipujuk ja.

Hmm..Aku terlalu sayangkan Amir tu. Haishh..macam jiwang plak entry aku ni. Ahh lantak lah kan. Okay okay sambung. Bila aku dah terlalu sayangkan dia dan sayang tu makin bertambah-tambah sampai aku rasa tabole nak kawal dah rasa sayang tu. Rendu ni lagi lah. Even dia dudok depan mata aku,bersembang dgn aku pon,aku rendu dia masa tu.Gila kan?

Bila dah terlalu sayang,hati ni jadi makin sensitive. Amir tabole nak melawak sikit,aku terasa sgt. Tapi aku takot perasaan aku tu buat dia rimas atau kata aku berubah ka apa. So,aku just terdiam ja kalo aku terasa. Aku still cakap macam biasa,even dalam hati ni dah menangges tak berlagu dah. AKu cuba kawal tu suma.

Tadi aku nak sangat dengar suara dia,dah memang dari semalam tak dengar sebab busy then dia balik kedah.Sana takdak line. So tadi aku call dia. Rinduu sgt taww. Hati ni nak sgt pelox hati dia. Tapi aku jadi sebak bila sampai perbualan kami

Amir : Call kenapa ni..
Aku : Takdak apa,saja ja.
Amir: Kalo takdak apa tayah la call!
Aku ...
Amir : Hah kenapa,marah?
Aku:..dak..
Amir: marah la tuu..
Aku : ...

Aku tak mampu bersuara masa tu. Aku taw dia melawak,memang dia selalu melawak cemtu pon. Tapi ntah la. Tetiba terputus,aku takdak mood nak call balik dgn air mata berambu-rambu dah melilih kat pipi ni. Aku terasa ngn dia ka? Hmmm..Hati please..jangan sensitive sgt..

Tapi tu lah,terasa ka sedih ka taknak gtaw dia. Macam perempuan kan? Kalo time gedik gegeh galak tu gtaw ja kononya sedih bagai.HAHAA! Sekarang aku jaga hati aku sendiri supaya tak mudah sedih. Selalu sgt aku nangges sejak kebelakangan ni. Pelik plak sbb aku susah nak terasa sebelum ni,korang mencarut p lah kat aku,aku hati batu, tak penah terasa. Sekarang hati aku ibarat bubble buih-buih,mudah pecah bila disentuh. Tapi terbang tinggi dan jaoh selagi boleh hidop.Kan? :)) Benda ni buat aku pikir lebih matang dan berdikari menjaga hati sendiri. Taknak hilang dia, so aku happy kalo dia happy. AKu cuba hidop dalam dunia dia. Moga direstui.Aminn..

No comments: