Your JOKING !


Assalamualaikum,

Hehehee. Rajennya aku update belog. Eh biar burok nak jugak aku tempek gambar aku tuh. Act, aku takmaw update cerita ni dekat belog,pasal ada orang perli semalam -,-' kureng asem betul. Btw, aku dah malas nak warnakan tulesan aku biru-biru,sebab aku sememangnya malas. Tolong jgn ikot perangai saya yaa adik-adik.Okay even kena perli pedas-pedas nak jugak aku update cerita ni. Biar dia baca,biar dia terasa,biar dia tahu kiter pandai merajukk okayy XD

Okay,kalo dah merajuk tak mungkin lah dengan kucing atau kerbau atau bantal atau moto cabuk aku tuh. Aku merajuk dgn Amir mungkin Ateh and mungkin jugak kawan-kawan yang bersubahat. Ntah lah, kompius nak merajuk yang mana 1. Pokoknya aku tetap merajuk okay! Bagi sesiapa yang dah rasa nak muntah hijau tu..silakan..And tolong jangan teros membaca takot muntah tukar biru ka pink ka kuning ka,lebih dasyat lagi mungkin Hitam. So blah awal-awal ya. Ini amaran namanya,jangan kata aku tak pesan sudah.

Sebelom melalot-lalot aku ni mencecah ke perenggan ketiga baik aku mulakan yee? Okay, semalam aku kua tengok wayang dengan abang aku. Cerita BAIT. Pasal jerung,sirius aku tasuka tapi best sgt cita tuh.HAHA! Yelaa banyak darah,aku tasuka. Okay start dalam panggung tu aku mesej-mesej Amir. Kami mesej sat stop sat pastu sambong lepas aku mandi malam iaitu jam 10pm. Hohooo~ tak senonoh kan? Yaa sgt tak senonoh. Disebabkan respon dia lambat,aku pon terasa nak merajuk.Hikhok!
Biey : Sorry ralik sembang member tadi.
Aku : Takmaw balas. Merajuk.
Biey : Ok fine.
Aku : biey tak rasa nak pujuk ka?
Biey: Reti ka syg merajuk?
Yaaa, soalan cepumas dari dia=,= sabar ja laa. Okay-okay pastu mesej-mesej ntah apa-apa aku lupa. Hihii. Dalam dok mesej seperti biasa aku tertidur. HAHAHAA! Bukan boring okay tapi phone aku bunyi sedap sgt,mcm mintak aku tidur ja ha.

Dalam jam 2.45am aku terjaga sebab hujan lebat sgt. Teros terjaga, kalo dah terjaga mesti la aku tengok phone kan. Bila tengok ada mesej dia. So abaikan ja,tapi aku reply mesej dia "terjaga..hujan lebatnya" Lepas aku mesej tu boleh plak aku sambong lena.hahaaa! dalam stengah jam pastu kan...AMir call.
Aku : urmm..biey..
Ateh : Jiha..jihaa..
Aku: Hah ateh.
Ateh : Amir ada call jiha dak?
AKu : Nak call guna apanya dah ateh guna phone dia.Adoi'
Ateh : Dak..tadi dia kata nak kluaq sat p kedai depan tu ja naik kereta ateh. Tapi dia tinggai phone semua dgn wallet sekali. Kot-kot dia ada call jiha. Kalo takdak takpa lah. risau Ateh.
Aku: Alah..dia p jumpa kawan dia la tu.
Ateh : Agak-agak laa dah 2jam masalahnya dgn hujan lebat sgtsgt ni.
Aku : urmmm..ateh jgn wat cemni ateh.tak baik oww
Ateh: lahh..takkan ateh nak main2 benda ni..
Terputus~
Ehh kalo korang,apa korang rasa? Masa ni aku tak pikir sgt. Sebab aku kenai sgt peqangai Ateh tu suka memain. So macam abaikan ja apa dia kata. Tapi aku tak paham kenapa aku gelisah.HAHAA! aku gelisah tersangat-sangat. Guling-guling dah atas katil ni. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. 5 minit pastu Phone bunyi, call dari Amir. Tapi ATeh yang cakap. Dia kata kawan AMir nak cakap ngn aku sendiri. AKu pon macam benggang la kan. Dah la mengantok,esok keja lagi jangan la memain time-time ni. Haishh panas tapi gelisah.
Kawan Amir: Hello..Ni jiya awek Amir eh?
Aku : Halaa..ish! hampa ni kenapa dok Amir-Amir! AMir mana! tuh gelak-gelak pasepa!
terputus~
HAHAA! kesian tok aku terkejut dengaq aku jerit lagutu.hahaa! memain sgt taw dak.Pastu Amir call sekali lagi. Ni baruu Amir cakap. Bila aku dengaq "Hello sekkom yangg.." Teros sebak melilih air mata,sampai aku tabole nak bersuara paham dak?hahaa! 3pagi cemni boleh wat aku nangges. Eeiii geramnyaa! Mula-mula Amir tak pasan sebab aku diam. Ntah cemana dia bole perasan..Pastu "Syg..Syg nangges eh.." AKu diam jaa..Pastu dia gelak. Jahat kan?kan? jahatnyaa Amir. Dia jerit "Eeii syg menangges..tak maluuu" HAHAA! Lagi la terok air mata aku ni mengalir. Sabarr ja laa. Amir memang tak reti pujuk, taw dia kata apa? dia kata "Syg kenapa diam ja ni..ish dah laa..syg nak nangges ka nak cakap ni..nak cakap ka dak?" Korang ada boifren cemni? tak kan? aku ja ada. Tetiba suara sebak aku yg kluar tak kluar"Kenapa biey buat syg cemni......".Okay pastu aku dapat bayangkan dia senyum "Sayang jugak kat biey kan..hehee 1st time syg nangges sebab biey. Sekurang-kurangkan biey taw syg betol2 sayangkan biey.hehe" Pastu dah redaa sikit bwu sembang. 

Dalam 3.30am,Amir suoh tidur tapi masalahnya depa buat aku hilang mengantok,senang-senang nak suoh aku tidur. Haishh
Biey : ok..syg pejam mata letak phone kat telinga.
Aku : urmm..kay.
Biey : syg dah pejam mata belom?
Aku : dah..
Biey: okay..pejam mata ingat biey taww..jgn ingat org lain.
Aku : Takmaw..syg merajok ngn biey,nak bayang org lain.
Biey : ha yalah-yalah. suka hati syg lah. pejam taww..stg lena lah tu..

Tetiba Ateh rampas phone.Aku merajuk lagi ngn Ateh masa tu. Cececeyhh pandai la dia tu pujuk,janji nak blanja tutti fruti.hahaa!  Okay pastu aku gayot ngn Ateh sampi koi 4lebih. Ngan Ateh okay,bukan ngn Amir. Sedap-sedap dok gayot tetiba Amir halau suoh tido sebab esok aku keja.Dia mintak maaf sebab buat aku cemni semua. Pastu dia kata "p update status facebook pieh dak pon tules tuh tuh dalam diary tuh.haha" Okay dia perli aku.Fine.

Dahdah. Perbualan kami tamat jam 4.30am. Tapi malangnya aku tabole tidoq sampai lah pukoi 6am. Ntah cemana koi 6 cemtu aku lenaa siap mimpi Zombie lagi okay! Tabole lena. Tidoq sat jaga. Pastu tetiba Alarm bunyi suoh mandi pegi keja-,-' Pegi lah keja dgn mata sebam tuh,sirius aku tahan mengantok dgn saket kepala sgtsgt tadi. Haishh..done.
So tengkiu sayang for this joke. Tu Amir dgn Ateh,.Di mana saja tetap bersama.okay.byebye.

No comments: