1st DAY PRACTICAL.

Assalamualaikum,

Hai korang korang :)
Harini hari pertama aku practical. Taw practical? Macam practise practise keja something yang sesuai dengan kos yang kita blajaq kat IPT. Okay so kat Politeknik Seberang Perai aku study cos "accountancy". Muktamad besaq nanti jadi akauntan,okay? * berangan ja lebih*. 

So tadi jam 7.40am aku dah sampai Bertam Properties SDN BHD. Masa nak melangkah masok tu aku mcm nak patah kaki,sebab takot sgtsgt nak practical ni. Macam macam aku pikiaq. Dah la depa suma besaq besaq dah. Dah kawen beranak pinak dah. Aku ni plak jenih sombong*siked*. Tengok orang pon dak, nak menyembang? Memang dak la wei! So bila aku sampai, depa suoh aku tunggu sampai suma bebudak practical masok. Dalam sejam stengah aku tunggu, akhirnya cukop 5orang budak practical. Tapi depa yang 4org lagi tu keja bahagian projek.*ijazah plak tuh* Hak jenih melawat melawat tapak suma tuh. Aku plak dapat "Finance department". Keja dalam OFFICE okay?*muka sombong* dalam icon. Awww..HAHAHA! masa kakak tu tunjuk meja aku tu, aku asa macam fuyooo~ ada komputer, ada file susun atas meja, ada stationery lagi. Bangku pon best. Adeii macam keja Office la gtaw ko! Di kelilingi oleh orang orang yang lebih dewasa dari aku*spoii*.Hmm.. hak tu yang segan tu ha.

Bila aku start dudok atas kusi tu, aku jadi tak toqoh.Paham dak tak toqoh? *sila bukak kamus Penang* Halaaa wei aku nak buat apa ni? ada kakak sebelah aku kata "haa..jiha kan? Cik yang nak ajaq jiha tu tak mai qini, dia cuti. So jiha pon cuti cuti la naa.Maen la apa jiha nak maen." Perhhh! dengaq tu lagi la aku serabut otak. Abes tu aku nak buat apa sehari suntok ni? Hmmm..depa dok perli sorang abang ni "haa faizal, Najihah dah sampai ni" HAHAA! abang tu mengaku muda. Lawak jugak depa depa tu. Tapi aku ni tak terdaya nak bercakap. Diam membisu hanya mampu senyum kambing ja. HEE~

Okay then dalam sejam aku dok saja menghayati udara Office, baru depa bagi keja siked siked. Macam masokan receipt dalam file dia,pastu ikot suson no account,suson payment voucher tu ikot no voucher, potostet surat ikot bilangan check,pastu keep in invoice utk claim. Then break. Depa suma bising sebab dari pagi aku tak makan.Bukan bising sgt la,cuma suoh aku makan.Depa kata mak aku sehari makan 3kali, aku sekali pon tak makan.HEE~ Siap letak bungkus nasik g atas meja aku.HAHAHAA! style gak ah. Sebenaqnya nasik tu mak aku pesan suoh depa beli breakfast aku, tapi aku makan masa lunch. Kakak tu kata " Jiha kalo takmaw makan, ada org nak tolong makan" depa gelak qamai qamai. Aku senyum ja.HEHEE~ sombong kan? kesah plak aku ;P

Then break tu aku makan nasik tu kat pantry sorang sorang, pegi surau sembang ngn makcik mana ntah, then solat and masok office balik. Masok tu aku kena marah. Sedih and takot sgt. Bukan marah, just tegoq ja,sebab aku salah keep in tadi. Ayat panjang sgt, dia suoh aku shortcut'kan ayat tu, tapi aku buat ayat tergantung. Then tarikh tarikh invoice aku cari tak jumpa.HAHAHAA! ada gak salah kat situ. Hmm malu gilaa.. Dah la hari 1st, macam macam salah dah. Then dia suoh aku tules check. Dia kata "tulisan hang cantek dak? kalau cantek tules siap siap kat sini" dia tunjuk ketas "payment voucher" tu.. So aku tules ja laa.. Abes tu, aku takdak keja dah.Kakak2 situ dok sembang pasal handbag harga RM950.00. Depa kata muqah, so depa mcm nak beli la..Hmm kalo aku memang tak beli dah. Ada yang main main fesbuk.AKu pon cuba mem'busy'kan diri. Tengok tengok buku report tu. Try nak tules,tapi tak qeti. Dari 3.30 sampai koi 5pm aku dok saja ==" Ntah la.. Kelmaqen deting dengan biey, sehari suntok rasa macam seminit dua minit ja, Harini seminit aku rasa macam sejam, sejam aku rasa macam sehari,sehari aku rasa macam sebulan! Sirius aku nak balik sgtsgt. Tepat koi 5pm teros aku angkat beg, blah. Abang tu pesan "esok mai naa,jangan tak mai plak" HEHEE~ Okay so aku pegi and balik tumpang Nadzrena. Dia practical kat syarikat sebelah aku ja,MPC. Jiran la kami.

Esok takmaw p dah! bole? Takdak kawan,malu nak menyembang, padahal mulot aku ni dah nak meletop dah. Almaklom sehari suntok tak becakap xD Ada jugak yang jumpak aku kata "Ehh ni sapa? practcal ka?awat depa tak pekenai pon kat saya ni" HAHAA! ada yang masok Office suoh pekenai aku kat depa. Maluunyaaa >.< Okay aku malu sgt. Aku memang pemalu kan? HEHEE~ Tengok plak esok cemanaaaa..GOOD LUCK jihaaa.

BTW sorryaku tak pasan yang title post aku ni sama dgn post Farahain "1st day practical" Maaf yer.. Tak perasan :))

No comments: