Bila aku membebel XD

Asalamualaikum,

Ohyeyeah :') I hope today is better than yesterday. Aminn..

Now mood sedih ada happy ada penat pon ada. So harini mangkit ja tido asa malas nak buat keja. Taw kenapa? I puasa youu..HAHAHAA! Okay terok terok. Puasa ramadhan dah nak dekat pon tak abes abes lagi puasa ganti. Harini aku puasa nazar. 2hari puasa nazar,4 hari lagi puasa ganti. seminggu ni teros kot aku puasa. Insyallah kalo takda halangan. Di sebabkan puasa, mood islamics penoh la dalam kepala hotak aku ni kan. So sambil kemas kemas rumah,sapu sampah blakang uma, aku dengaq la ceramah dari ustaz Kazim*fuyooo..calon isteri ni*. HAHAA! Seriously aku suka dengaq ceramah dia. Best sgtsgt! lawak,saket perot aku nak gelak. Adeii~ Aku suka dengaq dia cerita pasal keindahan Isalam, then pasal Perempuan. Sebab aku pompuan,so aku dengaq la pasal pompuan. Banyak ceramah dia tentang suami isteri. Lagi2 pasal Isteri mithali ni. Memang banyak!

So tadi aku ada dengaq pasal "korban cinta".*gataii* Dia cerita pasal suami isteri,dimana suami dia tak cinta kan isteri dia tapi ada 2, 3 org anak dah. Suami dia cintakan adik kepada isteri dia. Suami dia nak ceraikan isteri dia then nak nikah ngn adik ipaq dia tu. Hmm sedih kan? tapi alhamdulillah dia dapat isteri yang berkorban kerana Allah. Dia taw dia akan dapat balasan yang tak pernah dipikir manusia.Insyallah.. 

Then you all yang bercinta tu*untuk diri sendiri jugak* kenal maksud cinta dulu baru tergedik gedik nak bercinta. Biey! dengaq tuh! jangan ntah baca sekarat ja entry ni,pasal2 agama teros pangkah ya? HAHAHAA! okay harini aku nak bajet ustazah Najihah ni ha. Okay okay next.. Cinta tu..Korban. paham? korban la apa yang patot. HEHEE~ alaa pepaham la kan,kekadang bila bercinta ni kita kena korban kan benda yang kita suka untuk pasangan kita. Macam boifren aku tercinta tu yang terpaksa korban kan masa dia untuk layan kerenah aku, dan belajaq berenti merokok! HAHAA! taw dak org yang merokok ni pentingkan diri sendiri. I tegor youu ya sayang dan termasok lah perokok2 yang banyak naikkan pendapatan negara tuh.hehee. Bila depa hisap rokok,katanya yg rosak diri sendiri,kan? jantung korang yang hitam kan? Okay baiklah, orang disekeliling kamu yang menghidu asap rokok tu lagi tinggi risikonya taw dakk. So merokok bukan membunuh perokok,tapi membunuh org sekelilingnya. Itu pasal perokok tu selfish. Err~ maaf kalo ayat aku kasar,just niat nak menegur..pikir2kan jelaa..

Okay next! terbletiaq pasal merokok plak, cinta tu maksudnya sentiasa ada waktu susah. Buat apa saja untuk bahagia kan pasangan youu allz lerr.hehee.. Paham la kan yang tu kan? then seterusnya pimpin ke syurga. Sama2 berusaha tegur menegur mana salah. sama perbaiki then tanam niat dalam hati tu,samasama nak masok syurga. Jangan la "err~ lantak ang la..dosa ang,ang tanggung". Hmm.. ntah laa..kekadang kita manusia ni segan nak menegur,Otak ni selalu pikir pepandai la nak jaga diri sendiri kan? Aishh...ubah2 laa..sirius aku tegor diri sendiri ni. Dan macam2 lagi lah maksud cinta. Korang p dengaq ustaz kazim ceramah, kang nak tggu aku taip,mengantok plak nak membaca panjang lebarnya..

Dah dah. Done ceramah2. Rajen2 korang dengaq la "bergembira wahai wanita" sirius tertarik sgt dengaq yg ni. bertuah taw jadi perempuan. sembahyang, puasa, jaga faraj dan taat pada suami. Maka syurga lah tempat dia. Tapi tu la manusia zaman sekarang byk pikir duaniawi ja. Termasok lah aku. Aishh.. Jam pon dah 6.30ptg. So jom siap2 tengok makanan nak bukak puasa,..HEHEHEE~  jomjom.

No comments: